TENTANG PRODUK

SNE KAPSUL


KAPSUL SNE adalah makanan 'penyelesaian utama' dalam produk SNE Marketing sebelum kita mencuba produk rangkaian yang lain. Badan kita terdedah kepada pelbagai penyakit, sama ada disedari atau tidak yang berpunca daripada radikal bebas (persekitaran, pemakanan, stress dan sebagainya),masalah keturunan,hormon,masalah sel dan sistem imun.
Maka di sinilah peranan KAPSUL SNE membantu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman yang tidak nampak di mata seperti melancarkan peredaran darah, membetulkan saraf/sendi juga tulang, melaraskan hormon dan metabolisme badan, meningkatkan sistem/fungsi organ dalaman serta menyingkirkan toksin dan asid berlebihan dalam badan. Jika segala nya dalam keadaan mantap dan sihat, penyerapan rangkaian produk SNE lain yang kandungan utamanya lebih khusus kepada organ badan tertentu akan menjadi lebih optima dan berkesan.

Kenapa KAPSUL SNE didahulukan?
Harus diketahui KAPSUL SNE mengandungi kadar seabuckthorn yang lebih tinggi (100%) berbanding rangkaian produk SNE lain contohnya Beutskin Essence (hanya 30%, selebihnya adalah nutrisi untuk kulit). Maka Beutskin Essence tidak mampu merawat dalaman dengan lebih berkesan kerana isi kandungan buah seabuckthorn yang rendah, dan ini akan melambatkan proses mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Jadi amalkan pengambilan yang betul terutamanya bagi mereka yang memang disahkan menghidapi penyakit dalaman/kronik, usia meningkat, atau anda yang masih muda tapi ada gejala sering letih/kurang cergas, sentiasa pening kepala, sengal2 badan dan simptom2 kesihatan lain. Kesan pengambilan nya pasti dirasai dengan lebih nyata dalam masa beberapa bulan, bergantung pada tahap kesihatan individu terbabit. Jangan lupa juga minum air dalam kuantiti yang lebih banyak dan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang seimbang untuk hasil terbaik..












KENALI BUAH SEABUCKTHORN:

Tumbuhan ini telah digunakan sebagai ubat tradisional golongan Tibet, Mongolia dan Negara China sejak 2000 tahun dahulu. Penyelidikan dan pembangunan oleh SNE Yuhangren selama 10 tahun mendapati bahawa seabuckthorn berpotensi tinggi untuk menjadi makanan tambahan manusia pada abad ke-21 ini. Minyak biji seabuckthorn memiliki kesan antibakteria serta antiradang yang mampu menangkis radikal bebas serta elemen berbahaya yang merosakkan sel/tisu badan serta organ2 tubuh yang lain.

Buah seabuckthorn mengandungi pelbagai nutrien dan nilai perubatan yang tinggi. Ia bukan sekadar mengandungi lebih kurang 190 jenis kandungan aktif biologi yang memberi manfaat besar kepada tubuh badan manusia, malah turut menjangkaui tindakbalas sains yang rasional. Kandungan flavonoid dalam buah seabuckthorn juga lebih tinggi berbanding daun gingko, manakala kandungan ß-karotena dan vitamin E nya turut lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.

KELEBIHAN SEABUCKTHORN:


-Pokok renek yang tumbuh pada penara dengan ketinggian 1,500 meter di atas paras laut.
-Tumbuhan liar yang mempunyai manfaat fungsi perubatan dan pemakanan serba guna dengan daya hidup yang ekstrem.

-Merupakan buah yang paling masam di dunia dengan kandungan vitamin C-nya 8 kali ganda melebihi kandungan vitamin C buah kiwi.
-Setiap 100g jus seabuckthorn mengandungi 825-1100mg vitamin C.
-Padat dengan lebih daripada 190 jenis vitamin, asid lemak, unsur-unsur surih, flavon seabuckthorn, superoksida dismutase dan pelbagai jenis asid amino.
-Diiktiraf oleh komuniti akademik sebagai "Pembela kesihatan manusia abad ke-21"


KANDUNGAN VITAMIN DALAM SEABUCKTHORN

KANDUNGAN VITAMIN C DALAM SEABUCKTHORN



6 CIRI UTAMA KAPSUL SNE
  1. Melanjutkan usia
  2. menyuburkan & mencergaskan sel
  3. Menyelaras & membaik pulih sel
  4. Mengandungi kesan anti-bakteria
  5. Menyeimbangkan sistem badan
  6. Membersihkan darah & membantu dalam proses penyahtoksikan
KANDUNGAN KAPSUL SNE


Manfaat Utama:

*Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya
*Meningkatkan fungsi sistem imun
*Mencegah pelbagai jenis penyakit sistem pencernaan
*Mengurangkan tahap lipid darah dan kolesterol, justeru mencegah penyakit kardio- serebrovaskular
*Mencegah jangkitan influenza
*Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis tekanan
*Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh sinaran dan pengoksidaan
*Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukan bekuan darah/trombus
*Mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas pembedahan
*Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita
*Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak
*Meningkatkan kesihatan kulit dan menangguhkan proses penuaan

Kapsul SNE Sesuai Untuk:

* Penyakit saluran pernafasan
* Penyakit saluran gastrousus
* Penyakit sistem urinari
* Penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular
* Penyakit sistem peredaran darah
* Penyakit sistem saraf
* Reumatisme & artritis
* Penyakit kulit
* Keadaan separa sihat
* Fungsi imun yang semakin merosot
* Lecur, lepuh, kudis tekanan, luka, reput fros




KAPSUL BEUTSKIN






No comments:

Post a Comment