Assalamualaikum wbt..
Selamat datang sy ucapkan kpd anda
yang sudi jenguk sebentar ke blog sy yg xseberapa ini. Actually sy baru sahaja
melibatkan diri dalam “business online” ni, itu pun sbb mula terpengaruh dgn
rakan sy yg berjaya membuktikan effect gelombang business online ni..klau ada tersasul tu minta maaf siap2..so sgt2 nak kongsi dengan anda tentang diri sy dan produk yg sy guna sekarang..
Mungkin anda mempunyai masalah yg sama seperti sy xlain xbukan mempunyai harta yg cukup mewah iaitu lemak yg terlalu banyak yg menyebabkan bacaan timbangan sentiasa naik dan xturun2 huhuhu..anda mesti selalu terfikir adakah lemak yang anda makan semalam akan terus menempek membentuk lemak dalam badan?
Mungkin anda mempunyai masalah yg sama seperti sy xlain xbukan mempunyai harta yg cukup mewah iaitu lemak yg terlalu banyak yg menyebabkan bacaan timbangan sentiasa naik dan xturun2 huhuhu..anda mesti selalu terfikir adakah lemak yang anda makan semalam akan terus menempek membentuk lemak dalam badan?
Seseorang mungkin pernah bertanya pada diri sendiri, mengapa ada sesetengah individu itu mudah untuk naik berat badan, sedangkan ada sesetangah individu itu susah benar untuk menaikkan walau 1kg berat badan. Mengapa pula ada individu yang sedari kecil lagi sudah gemuk, sekaligus membuatkan individu ini tidak pernah merasai pengalaman memiliki tubuh badan yang kurus walau sesaat pun dalam hidupnya (sebenarnya boleh, tiada apa yang mustahil).
Masalah kegemukan sgt berkait rapat
dengan sel lemak? Apa itu sel lemak? Sel lemak, atau nama sainsnya adipocyte atau lipocyte
merupakan sel hidup yang tinggal di dalam badan kita. Sel hidup? Ya, anda tidak
salah mendengar, mereka memang wujud dan hidup dalam semua tubuh badan manusia,
tidak mengira kaum, bangsa, jantina, kecil, dewasa, selagi namanya itu manusia
dan apa-apa sahaja haiwan yang jatuh di bawah kategori animal kingdom, maka di
dalam tubuh mereka WAJIB akan ada apa yang dikenali sebagai sel lemak. Ia merupakan
komponen penting dalam kehidupan kita.
Secara umum, terdapat 2 jenis sel
lemak di dalam badan kita, iaitu sel lemak putih dan sel lemak perang. Sel
lemak putih berfungsi sebagai penebat haba dan juga pasti, sebagai ‘stor’
penyimpanan lemak. Sel lemak perang pula mendapat jolokan ‘perang’ kerana
fisiologinya yang terdiri dari banyak mitochondria (banyak zat besi dalam
mitochondria yang membuatkan ianya perang) – oleh sebab itu fungsinya adalah
lebih kepada menghasilkan haba kepada tubuh badan.
Kajian
saintifik menunjukkan mereka yg mengalami masalah kegemukan disebabkan oleh
kuantiti sel lemak putih lebih banyak berbanding sel lemak perang. Rajah: Sel lemak perang (kiri) mengandungi lebih banyak mitochondria,
manakala Sel lemak putih (kanan) mempunyai ruang penyimpanan lemak yang lebih
besar , ini membuatkan saiznya menjadi lebih besar.
Sel-sel
lemak sifatnya lebih dinamik berbanding sel otot, yang mana ia boleh mengembang
dan membesar mengikut saiz lemak yang tersimpan di dalamnya. Untuk memahami
fenomena ini, anda boleh membayangkan bagaimana rupanya sebiji belon yang
mengembang apabila diisi dengan air. Jangan terkejut apabila satu sel lemak
boleh mengembang berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz asal, sekaligus
membuatkan badan anda turut kelihatan ‘mengembang’ (gemuk). Apabila sel lemak
telah mengembang terlalu besar, kira-kira 4 kali ganda berbanding saiz asal, ia
akan mula menghantar signal kepada nukleusnya untuk proses seterusnya iaitu
untuk membahagi secara mitosis (satu sel lemak akan membahagi menjadi 2 sel
lemak, ini merupakan salah satu cara bagaimana bilangan sel lemak bertambah
dalam badan).
No comments:
Post a Comment