Pigmen
atau melanin dihasilkan oleh sel-sel yang dipanggil melanocyte. Kulit Asia
adalah jenis kulit yang mengandungi jumlah pigmen yang banyak.Terdapat dua
jenis melanin iaitu phaeomelanin yang berwarna kuning dan eumelanin yang
berwarna hitam. Perbezaan warna kulit terjadi dari pengaruh saiz dan jumlah
melanin yang terkandung pada kulit. Kedua-dua jenis melanin ini berbeza di dalam
kulit Asia dan ini menyebabkan pigmentasi yang tidak seimbang iaitu bintik
bintik hitam dan kulit menjadi sensitif kepada matahari.
Melanin
juga sebagai kubu kulit, ia bertindak sebagai pelindung kulit dari panahan
cahaya matahari yang mana apabila cahaya matahari terkena pada kulit maka
sistem badan akan menghantar pesanan kepada sel-sel kulit untuk membentuk
melanin bagi memberi perlindungan segera kepada kulit. Proses ini dikenali
sebagai pigmentasi dan kadang kala ia tidak berlaku dengan lancar maka timbul
bintik bintik hitam, tompok perang dan warna kulit menjadi tidak sekata.
Penyebab
timbulnya bintik-bintik hitam.
Masalah
pigmentasi bukan hanya disebabkan pengeluaran melanin semata-mata. Ia biasanya
didorong oleh banyak pekara lain . Antara penyebab luaran yang menyebabkan perubahan kulit ini adalah dedahan melampau cahaya matahari ,
penggunaan bahan kimia pada kosmetik dan juga kekurangan nutrisi yang di
perlukan oleh tubuh . Namun ada juga sesetengah kes disebabkan oleh masalah
keturunan seperti masalah albino.Masalah albino biasanya bukan hanya memberi
kesan kulit semata-mata tetapi juga keseluruhan anggota tubuh lain seperti
rambut , mata dan sebagainya. Bagaimana pun kulit menunjukkan perubahan yang
ketara sekali.
Baik
lelaki mahupun wanita, pastinya tidak terlepas dari mengalami masalah
pigmentasi kulit. Pigmentasi kulit ini dapat dikenalpasti sebagai sebarang
perubahan yang berlaku kepada kulit samaada gejala bintik-bintik hitam ,
jeragat , mahupun perubahan pada warna kulit. Perubahan yang berlaku ini adalah
disebabkan oleh pengeluaran melanin dari tubuh yang berbeza-beza samada
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
HYPOPIGMENTATION
PENYEBAB: Ia biasanya terjadi
disebabkan oleh pengeluaran melanin yang tidak mencukupidari tubuh .
GEJALA: Pengeluaran melanin yang tidak mencukupi biasanya akan mengakibatkan
gejala albanism atau albino. Biasanya kekurangan melanin ini akan mengakibatkan
gejala kulit yang agak melampau. Kulit akan bertukar menjadi putih dari biasa
dan diiringi warna rambut yang putih dan kekuningan. Kulit juga biasanya
ditumbuhi bintik-bintik hitam seperti jeragat.
![]() |
hypopigmetation |
HYPERPIGMENTATION
PENYEBAB: Hyperpigmentation berlaku disebabkan oleh pengeluaran jumlah melanin yang banyak dari tubuh .
GEJALA: Perubahan yang berlaku biasanya kulit akan bertukar menjadi lebih gelap berbanding dengan warna kulit asal. Struktur kulit juga akan menjadi kekeringan yang agak melampau dari biasa.
![]() |
hyperpigmentation |
No comments:
Post a Comment