- Proses penyimpanan lemak ke dalam sel lemak merupakan sebahagian dari proses Lipogenesis.
- Proses penyingkiran lemak dari sel lemak merupakan sebahagian dari proses Lipolysis.
- Setiap manusia mempunyai bilangan sel lemak yang berbeza.
- Tak mustahil untuk seorang yang kurus mempunyai bilangan sel lemak lebih banyak dari seorang yang gemuk – gemuk atau kurus seseorang bergantung kepada kedua-dua jumlah bilangan dan saiz sel lemak.
- Seorang wanita yang mempunyai peratusan lemak badan sebanyak 20% mempunyai tenaga penyimpanan jangka masa panjang (lemak) yang cukup untuk sebulan.
- Secara purata, seorang dewasa mempunyai kira-kira 30billion sel lemak, yang mana bersamaan kira-kira 13.5kg.
- 10% daripada sel lemak yang anda miliki akan mati setiap tahun, dan digantikan secara automatik oleh tubuh badan dengan sel lemak yang baru. Ini membuatkan bilangan sel lemak dalam badan anda tetap sama dan tidak pernah berkurang.
- Kajian terkini (Tchoukalova et al, 2010) mula menunjukkan meskipun seseorang dewasa itu sudah melepasi ketiga-tiga fasa pembentukan sel lemak, namun pembentukan/penambahan sel lemak untuk bahagian bawah badan (perut, peha, punggung) masih berlaku apabila berlaku kegemukan. Sel lemak untuk bahagian atas badan masih mengikut teori sel lemak yang asal (tidak bertambah meskipun berlaku kegemukan ketika dewasa).
- Kajian Tchoukalova tersebut sekaligus mempersoalkan teori sel lemak sedia ada, apakah bilangannya akan terus bertambah meskipun pembesaran seseorang sudah mencapai plateau? Walaubagaimanapun, hanya satu sahaja jawapan yang pasti setakat ini – BILANGAN SEL LEMAK TIDAK AKAN SESEKALI PERNAH BERKURANG DALAM BADAN ANDA, TIDAK KIRA APA YANG ANDA LAKUKAN, TERMASUKLAH MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CARA PEMBEDAHAN.
SLIMMERZ..BEUTSKIN..SNE..ARTERCARDY..WIS D..EXCEL TEA..REBORN..SEABUCK..SHAMONE..
Thursday, 1 November 2012
FAKTA MENARIK TENTANG SEL LEMAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment